KOLEJ KOMUNITI SELANDAR

 
 
Peta Laman: Arkib : Warna Teks : Tema :     Saiz Font : Pilihan Bahasa :
archive-icon

 
 
 
 
 
Anda berada di: Utama Akademik SMK FAQ
 
 

FAQ SMK

Email Print
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

Kolej Komuniti seluruh negara menawarkan kursus kemahiran dalam 25 jenis bidang perkhidmatan sejak tahun 2010. Kolej Komuniti Selandar kini telah menawarkan 4 jenis bidang perkhidmatan iaitu :-

  • Program Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Program Pengkeranian Akaun
  • Program Pengoperasian Perniagaan
  • Program Rangkaian Komputer

Kursus-kursus ini direka supaya menyamai piawaian kehendak industri atau perkhidmatan. Kurikulum yang dibina dan digunapakai adalah hasil daripada perbincangan dengan wakil-wakil industri. Kursus di buat mengikut topik dan jangkawaktu bagi sesuatu modul itu adalah diantara 3 hingga 6 bulan


Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 tahun ke atas ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
  • Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
  • Lepasan SPM 2011 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.

 

Yuran Pengajian dan Tempoh Pengajian

  • Yuran Pengajian - RM 10.00 sebulan
  • Tempoh Pengajian – 3 hingga 6 bulan

(Wang saku RM250 sebulan disediakan kepada yang layak)

 

Pengambilan dan Permohonan

Pemohonan adalah secara ONLINE melalui JPKK atau hubungi Kolej Komuniti yang berdekatan di tempat anda.

Perhatian:

  1. Untuk mengakses e-Borang, calon perlu membeli nombor PIN yang ada dijual di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Sila pastikan anda membeli No. Pin mengikut kategori prmohonan yang betul.

 

Keputusan Permohonan dan Rayuan

Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana kaedah berikut:
• Laman web JPKK
• Hubungi mana-mana Kolej Komuniti KPT


Lain-lain FAQ SMK

Isu 1 : Mengapakah berlaku perubahan nama program Sijil Kolej Komuniti?
Jawapan : Nama program Sijil Kolej Komuniti diubah berasaskan proses kerja sebenar. Contoh : Sijil Automotif ditukarkan kepada Sijil Servis Kenderaan Ringan.


Isu 2 : Apakah yang dimaksudkan dengan modular?
Jawapan : Modular adalah kaedah pelaksanaan untuk memenuhi syarat Sijil Kolej Komuniti. Gabungan kesemua Sijil Modular Kebangsaan bagi sesuatu program akan melayakkan pelajar memperolehi Sijil Kolej Komuniti yang berkenaan.


Isu 3 : Adakah pendekatan Modular Kolej Komuniti mendapat pengiktirafan?
Jawapan : Ya, kerana pendekatan Modular Kolej Komuniti memenuhi keperluan MQA, NOSS dan industri.


Isu 4 : Berapakah kadar yuran pengajian bagi pendekatan modular Kolej Komuniti ?
Jawapan : Yuran pengajian dikenakan sebanyak RM 10.00 sebulan.


Isu 5 : Adakah bayaran yuran pengajian RM 10.00 dipungut setiap bulan atau sekaligus mengikut tempoh modular.
Jawapan : Yuran pengajian RM 10.00/bulan dipungut sekaligus berdasarkan tempoh sesuatu pengajian modular tersebut dilaksanakan. Contoh : Bagi Sijil Akuakultur (Teknik Asuhan Ikan) tempoh pengajian selama 3 bulan maka yuran pengajian yang dikenakan adalah RM 30.00.


Isu 6 : Adakah lulusan sijil Kolej Komuniti melalui pendekatan modular ini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi?
Jawapan : Ya, lulusan ini berpeluang melanjutkan pelajaran di IPTA (Politeknik dan lain-lain) dan IPTS (OUM dan UniKL) dengan memenuhi syarat IPTA dan IPTS tersebut.


Isu 7 : Adakah latihan industri dilaksanakan dalam program modular?
Jawapan : Ya, latihan industri dilaksanakan secara sangkutan di industri bergantung kepada program modular tersebut.


Isu 8 : Bagaimanakah bentuk pelaksanaan penilaian bagi program modular?
Jawapan : Penilaian bagi program modular dilaksanakan sepanjang tempoh pengajian berdasarkan kompetensi ( kebolehan pelajar).


Isu 9 : Apakah perbezaan pendekatan modular yang ditawarkan di Kolej Komuniti dengan pusat kemahiran lain?
Jawapan : Modular Kolej Komuniti berdasarkan kepada proses kerja manakala pusat kemahiran lain berdasarkan kepada subjek. Sijil Modular Kolej Komuniti tidak mengenakan prasyarat untuk mengikuti modular yang lain.


Isu 10 : Adakah pelajar akan ditawarkan secara automatik modular kedua jika lulus modular pertama?
Jawapan : Pelajar akan ditawarkan secara automatik untuk mengikuti modular seterusnya.


Isu 11 : Adakah pelajar dikenakan bayaran insurans jika hanya mengambil satu modular sahaja?
Jawapan : Ya, pelajar akan dikenakan bayaran insurans meskipun hanya satu modular diambil.


Isu 12 : Adakah pelajar boleh diberikan cuti rehat semasa mengambil pendekatan modular?
Jawapan : Ya, pelajar akan diberikan cuti rehat semasa mengambil pendekatan modular.


Isu 13 : Adakah terdapat tempoh maksimum untuk pelajar mendapat Sijil Kolej Komuniti dalam pendekatan modular?
Jawapan : Tiada tempoh maksimum untuk pelajar mendapat Sijil Kolej Komuniti dalam pendekatan modular.


Isu 14 : Bagaimana pula jika terdapat ibubapa atau pelajar yang tidak berminat mengikut pendekatan modular dan ingin mengikut program sijil yang sedia ada?
Jawapan : Pelajar boleh memilih program sediaada yang belum menjalankan pendekatan modular atau memilih untuk melanjutkan pengajian di institusi lain.


Isu 15 : Adakah pendekatan modular boleh dilaksanakan secara Pembelajaran Sepanjang Hayat ?
Jawapan : Ya, pendekatan modular boleh dilaksanakan secara Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dengan menggunakan mana-mana Learn and Practice (LnP) dalam Sijil Modular Kebangsaan untuk melaksanakan kursus pendek.


Isu 16 : Adakah Sijil Modular Kebangsaan (SMK) ini boleh dilaksanakan di hujung Minggu?
Jawapan : Ya, bergantung kepada kemampuan Kolej Komuniti masing-masing.


Isu 17 : Berapakah kapasiti minima Sijil Modular Kebangsaan (SMK) ini boleh dijalankan?
Jawapan : Kapasiti minima untuk menjalankan Sijil Modular Kebangsaan (SMK) ini adalah 15 orang dan maksima adalah 30 orang bagi setiap kelas.


Isu 18 : Bilakah sinopsis tentang setiap modular akan diedarkan kepada setiap Kolej Komuniti?
Jawapan : Sinopsis setiap modular akan diedarkan ke semua Kolej Komuniti sebelum pendaftaran pelajar baru.


Isu 19 : Bagaimanakah cara pemohonan kemasukan ke program modular?
Jawapan : Pemohonan boleh dibuat secara online melalui laman web www.jpkk.edu.my atau menghubungi mana-mana Kolej Komuniti yang terdekat.


Isu 20 : Adakah Yuran Pelbagai dan Yuran Peralatan perlu dibayar?
Jawapan : Ya, kedua-dunya perlu dibayar, mengikut prosedur yang sedia ada. Segala perubahan, akan dimaklumkan oleh ibupejabat dari semasa ke semasa.


Sebarang pertanyaan dan komen, sila hubungi atau email kepada kksl at(@) kkselandar dot(.) edu dot(.) my