Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) ialah satu unit sokongan akademik tentang hal berkaitan pelajar. Bertanggungjawab menguruskan permohonan pelajar untuk mendapatkan Bantuan Kewangan Pelajar , Tabung Pinjaman Pelajar (TPP), Elaun khas untuk orang kurang upaya dan Insurans. Mempunyai dua fungsi utama iaitu pengambilan dan kebajikan serta disiplin pelajar.
Objektif
Membantu Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melaksanakan tugas pengambilan, kebajikan dan disiplin pelajar.
Fungsi
1. Melaksanakan tugas-tugas pengambilan dan kemasukan pelajar, mendokumentasi data dan rekod pelajar Kolej Komuniti.
2. Melaksanakan tugas-tugas kebajikan dan disiplin, pinjaman dan bantuan kewangan, insurans dan menyelaras aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.



Jabatan/Unit 
