Unit Bimbingan dan Kaunseling KKSL berperanan memberi perkhidmatan bimbingan, ujian psikologi, serta menjalankan sesi kaunseling merangkumi semua aspek termasuk hal-hal peribadi, akademik, keluarga, disiplin dan kerjaya. Secara keseluruhan perkhidmatan yang diberikan itu dibahagikan kepada beberapa kategori :
• Khidmat Konsultasi & Rujukan
• Khidmat Pemberian Maklumat
• Khidmat Bimbingan Kelompok
• Khidmat Kaunseling Individu
• Khidmat Kaunseling Kelompok
• Khidmat Pemberian Maklumat
• Khidmat Kaunseling Kerjaya
• Khidmat Ujian Psikologi
Objektif Unit Kaunseling
1. Memberi khidmat kaunseling yang bersifat pengayaan, pemulihan, pencegahan dan pengembangan kepada komuniti setempat.
2. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada individu yang memerlukannya.
3. Memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
4. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman selaras dengan kemampuan dan potensi mereka.
5. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkahlaku tidak berdisiplin, penyalahgunaan dadah, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkahlaku devian.



Jabatan/Unit 
